![]()
layout by bahiyahnor
|
Wednesday, 16 November 2011
Assalamualaikum.
Hai semua. Rasanya macam lama gila dah tak update blog. Ingat kan lepas final hari tuh nak update blog, tapi apa kan daya, final pun tak habis - habis sampai sekarang. Orang lain semua dah dok enjoy sana sini, tapi aku still belum lagi. Aku terpaksa delay dua paper. Aku tak mampu dah nak amek lagi dua paper tu and decide untuk delay paper. Lagi pun memang dapat cuti, even tak berbaloi pun dapat cuti sebab memang nak cuti sem pun time tuh. ppfft. K takpe aku tak kesah. Apa boleh buat kan, penyakit datang tanpa di undang, malang tak berbau. K aku tak anggap malang, tu semua kehendak DIA, aku tetap bersyukur cuma mungkin nasib aku kurang baik. Aku dapat bisul kat mata. See, kau ada? Bisul kat mata beb. Dengar pun ngeri kan? Macam pelik pun ada. Tapi tulah hakikatnya. Punca aku tak dapat nak teruskan final exam aku. So hari tu aku dah dapat call dari pihak kolej and dia bagitahu aku boleh amek lagi dua paper tu pada minggu pertama daftar sem 2, means after 18 Disember ni. K lama tak? K aku pun dah lupa agaknya apa yang aku belajar time sem 1. Tahniah laa untu aku. K aku redha. Actually aku stress jugak laa, sebab penyakit ni aku tak dapat habiskan paper, plus paper last paper susah pulak. And time tu aku rasa macam tertekan gila. Pulak tu aku dah pergi jumpa TIGA orang doktor k, macam - macam ubat dah aku telan, tapi still tak baik. Aku pasti Allah je tahu apa perasaan aku time tuh. Semua benda aku tak boleh nak buat, nak jalan pun pening, nak makan pun pening, serius aku derita sangat. And masa last aku jumpa Dr. Muhammad, dia bagi ubat jee, dia kata tak boleh nak operate sebab bahagian luar. Aku kecewa. Balik - balik makan ubat, tapi tak baik - baik. Tapi aku kuat kan hati, aku tahu Allah nak menguji. Walaupun derita tanggug sakit, tapi aku tetap bersyukur sebab ada satu hadis ni mengingatkan aku. " Bersabarlah menghadapi penyakit, sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa " K aku tersenyum bila baca hadis ni, sebab Allah sayangkan aku. Well, semua orang tahu kan, Allah tak kan uji kalau hambanya tak mampu. Terbukti aku mampu menghadapi uijan-NYA, berkat doa dan sabar aku, akhirnya aku sembuh dengan sempurna. Segala derita sakit aku tanggung semua dah hilang. Aku bersyukur yang teramat sangat. Terima kasih Tuhan. Sekarang dah sihat, mata pun dah boleh bukak, tu yang boleh update blog dah. Hihi so sekarang aku nak share gambar :) Time ni permulaan. Hari pertama aku sakit mata. Bangun tidur mata aku rasa sakit then pergi depan cermin, inilah hasilnya. OMG ini petanda tidak baik. Time tu hati dah tak tenang, nasib baik, pagi tu takda paper. Hari kedua. Semakin membengkak and berdenyut - denyut. Sakit gila. Mata mula tak boleh buka sepenuhnya. Mata dah pun tertutup rapat. Memang tak boleh bukak time ni. Memang dah melekat. Time ni sentuh sikit pun sakit gila okay. Tak boleh nak buat apa dah. Redha jee :) Sabar yien sabar. Okayy yang ni gambar khas punyaa. Full view. wuwu. Kesian kan aku? Tapi aku masih mampu tersenyum ! :) Sekarang mata dah baik dah, tak macam tu lagi dah, dua - dua boleh buka k. Syukur pada Allah. blogged @ 9:15 am with
1 notes ||
leave a note?
|