layout by bahiyahnor
resources at weheartit
Thursday 15 December 2011

1 hari lagi
Assalamualaikum

Tinggal satu hari lagi je aku dapat bersenang lenang duduk kat rumah ni. Setelah hampir sebulan lebih membesarkan badan dan menanbahkan lemak yang ada, makan tidur makan tidur je kerja aku duduk kat rumah. And start from 18harbulan (ahad) , aku dah mula jadi student balik. Balik ke pangkuan jalan ye dakk. Takde duk rileks macam kat rumah lagi. *sigh. Tapi takpe, aku pun dah tepu asek duduk rumah jee. Sebab cuti kali ni tak banyak pergi bercuti memandangkan keaadan kesihatan mama tercinta aku yang tak berapa nak stabil. Semoga Allah sihatkan tubuh badannya selalu. Aminn. Sepanjang cuti sem ni, aku ada lah jugak pergi jalan2 shopping2 dangan family aku, tapi yang sedihnyaa cuti sem ni tak dapat jumpa kawan2 aku. Yelahh masing2 tempat belajar lain2 kan, cuti pun lain2. Time aku cuti dorang tak cuti. Acano nak jumpa tu. K takpe, mungkin takde rezeki. Next time Insyaallah. Memandangkan aku terlalu boring duduk kat rumah takde buat apa pun kan, aku ajak laa kawan aku si sue untuk datang rumah aku. Mula2 dia nak datang awal cuti sem, tapi, minggu last nak naik cuti baru dia berkesempatan nak datang rumah aku. So dia dah pun ada kat rumah aku sekarang. Hari rabu haritu dia sampai. Tidur rumah aku sampai esok. So aku tak lah boring sangat kan dah ada kawan. Even nak balik kolej dah punn ahad ni. Dah jumpa kawan2. Alaa aku punya suka laa kann, haha. Then pagi semalam aku ajak dia pergi jogging. Petang pusing2 bandar muar yang tak seberapa, then sebelum balik rumah pergi mybox. huehuehue. Enjoy dia datang rumah aku, best. Thankyouu sue, sanggup datang dari melaka. Melaka jee pongg. Esok pagi kul lapan dia nak gerak balik dah, 'abg' dia amek. Untung ada 'abg' yang baik kann sue? HAHA


Haa ni time pergi jogging tu. Acane boleh ada mamat tu pulak? Haa den punyo suko lahh. Asal hitam putih pulak? Haa den yang edit den punyo suko laa jugak, HAHAHA. K tengok gmbar dak sue lak :)


 Haa ni lah dia si sue kawan aku intan payung ni, wuwu. Sue with her sweetheart. Ayam a.k.a syafiq :)

K tu je nak cite, esok sue balik, ahad dah balik kolej kita jumpa balik k sue? Kalau panjang umur. Insyaallah.
blogged @ 10:23 pm with 0 notes || leave a note?

Wednesday 16 November 2011

Penyakit
Assalamualaikum.

Hai semua. Rasanya macam lama gila dah tak update blog. Ingat kan lepas final hari tuh nak update blog, tapi apa kan daya, final pun tak habis - habis sampai sekarang. Orang lain semua dah dok enjoy sana sini, tapi aku still belum lagi. Aku terpaksa delay dua paper. Aku tak mampu dah nak amek lagi dua paper tu and decide untuk delay paper. Lagi pun memang dapat cuti, even tak berbaloi pun dapat cuti sebab memang nak cuti sem pun time tuh. ppfft. K takpe aku tak kesah. Apa boleh buat kan, penyakit datang tanpa di undang, malang tak berbau. K aku tak anggap malang, tu semua kehendak DIA, aku tetap bersyukur cuma mungkin nasib aku kurang baik. Aku dapat bisul kat mata. See, kau ada? Bisul kat mata beb. Dengar pun ngeri kan? Macam pelik pun ada. Tapi tulah hakikatnya. Punca aku tak dapat nak teruskan final exam aku. So hari tu aku dah dapat call dari pihak kolej and dia bagitahu aku boleh amek lagi dua paper tu pada minggu pertama daftar sem 2, means after 18 Disember ni. K lama tak? K aku pun dah lupa agaknya apa yang aku belajar time sem 1. Tahniah laa untu aku. K aku redha. Actually aku stress jugak laa, sebab penyakit ni aku tak dapat habiskan paper, plus paper last paper susah pulak. And time tu aku rasa macam tertekan gila. Pulak tu aku dah pergi jumpa TIGA orang doktor k, macam - macam ubat dah aku telan, tapi still tak baik. Aku pasti Allah je tahu apa perasaan aku time tuh. Semua benda aku tak boleh nak buat, nak jalan pun pening, nak makan pun pening, serius aku derita sangat. And masa last aku jumpa Dr. Muhammad, dia bagi ubat jee, dia kata tak boleh nak operate sebab bahagian luar. Aku kecewa. Balik - balik makan ubat, tapi tak baik - baik. Tapi aku kuat kan hati, aku tahu Allah nak menguji. Walaupun derita tanggug sakit, tapi aku tetap bersyukur sebab ada satu hadis ni mengingatkan aku. " Bersabarlah menghadapi penyakit, sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa "  K aku tersenyum bila baca hadis ni, sebab Allah sayangkan aku. Well, semua orang tahu kan, Allah tak kan uji kalau hambanya tak mampu. Terbukti aku mampu menghadapi uijan-NYA, berkat doa dan sabar aku, akhirnya aku sembuh dengan sempurna. Segala derita sakit aku tanggung semua dah hilang. Aku bersyukur yang teramat sangat. Terima kasih Tuhan. Sekarang dah sihat, mata pun dah boleh bukak, tu yang boleh update blog dah. Hihi so sekarang aku nak share gambar :)


Time ni permulaan. Hari pertama aku sakit mata. Bangun tidur mata aku rasa sakit then pergi depan cermin, inilah hasilnya. OMG ini petanda tidak baik. Time tu hati dah tak tenang, nasib baik, pagi tu takda paper.


Hari kedua. Semakin membengkak and berdenyut - denyut. Sakit gila. Mata mula tak boleh buka sepenuhnya.


Mata dah pun tertutup rapat. Memang tak boleh bukak time ni. Memang dah melekat. Time ni sentuh sikit pun sakit gila okay. Tak boleh nak buat apa dah. Redha jee :) Sabar yien sabar.


Okayy yang ni gambar khas punyaa. Full view. wuwu. Kesian kan aku? Tapi aku masih mampu tersenyum ! :)

Sekarang mata dah baik dah, tak macam tu lagi dah, dua - dua boleh buka k. Syukur pada Allah.
blogged @ 9:15 am with 1 notes || leave a note?

Friday 14 October 2011

Demn !
Orang selalu cakap hal lame tak perlu diungkap. Tapi hakikatnya kekadang hal lame tu memang sukar nak dilupakan. Walaupun yang lame tu pahit, tapi manisnya tetap ada.

For someone : Aku still tak jumpa lagi orang yg macam kau until now.

BYE!
blogged @ 9:30 am with 0 notes || leave a note?

<< >>